Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Tabung Haji pulangkan semula kos haji kepada 
jemaah uzur

Asyraf Wajdi Dusuki (paling) mengetuai bacaan doa untuk Allahyarham
Asyraf Wajdi Dusuki (paling) mengetuai bacaan doa untuk Allahyarham Wan Mohd. Zamri Wan Zakaria, salah seorang jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah Selasa lalu sempena kunjungannya ke rumah Allahyarham di Kampung Ketil, Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT 9 Sept. – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan mengembalikan semula kos menunaikan haji jemaah yang menga­lami keuzuran ketika berada di Tanah Suci sehingga menyebabkan mereka tidak dapat melengkapkan rukun Islam kelima itu.


Video oleh ROSMIZAN RESDI

Timbalan Menteri di Ja­batan Perdana Menteri , Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemulangan semula kos tersebut melibatkan jemaah haji yang telah sampai ke Tanah Suci tetapi jatuh sakit seperti tidak sedarkan diri sehingga tidak dapat melakukan wukuf di Arafah.

“Untuk kes tersebut, Ta­bung Haji juga memberi keutamaan kepada mereka untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya.

“Kita melaksanakan tanggungjawab sosial ini kerana Tabung Haji adalah institusi Islam yang dibangunkan untuk rakyat bukannya untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke rumah Allahyarham Wan Mohd. Zamri Wan Zakaria, salah seorang jemaah haji yang meninggal dunia di Kampung Ketil, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani.

Dalam kunjungan berke­naan, Asyraf Wajdi turut menyampaikan sumbangan Takaful Khairat Kematian, air zam-zam dan kurma kepada keluarga Allahyarham.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, sejak dahulu lagi, Tabung Haji telah sedaya upaya membuat pendekatan bagi membantu jemaah yang tidak berkeupayaan ke Arafah untuk me­laksanakan wukuf.

“Kita telah menyediakan pengangkutan safari iaitu membawa jemaah haji yang tidak berkeupayaan dengan bas yang diubah suai seperti ambulans.

“Walaupun untuk wukuf seketika di Arafah, ia sudah mencukupi untuk menunaikan ibadah haji mereka asalkan mereka sedar dan faham apa yang mereka tunaikan dengan bimbingan petugas haji,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain