Video oleh FARID JANUDIN

Mereka merupakan sebahagian daripada 21,979 warga pendidik di negeri ini yang menerima peranti berkenaan dengan melibatkan kos keseluruhan RM18.352 juta dalam majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Duyong Marina Resort, petang tadi.

Yang hadir sama, Pengarah Pendidikan, Shafruddin Ali Hussin; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor dan Pegawai Pendidikan daerah itu, Tengku Azelam Tengku Abdullah.

Penyerahan tablet yang turut dimuatkan perisian Tutor Guru dan E-paper Utusan Malaysia di negeri ini bermula di daerah Dungun, disusuli Kemaman, Kuala Terengganu, Besut dan Kuala Nerus hari ini manakala daerah lain akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Ahmad Razif ketika ditemui pemberita berharap, kecemerlangan bidang pendidikan di negeri ini akan terus diperkasakan dengan pelbagai kemudahan termasuk tablet yang dibekalkan secara percuma yang membolehkan para guru melakukan perancangan pengajaran di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.

"Beruntungnya golongan pendidik di negeri kerana sebelum ini program seumpama ini (pemberian peranti) sudah kita laksanakan dan hari ini merupakan kesinambungan.

"Saya yakin cikgu mudah menerima pendekatan ini, dan kita harap pendidikan negeri ini akan terus diangkat ke arah lebih gemilang pada masa depan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Razif menyampaikan sumbangan bantuan pentadbiran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berjumlah RM2,000 kepada 46 buah sekolah di Kuala Nerus membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM92,000. - UTUSAN ONLINE