Pegawai-pegawai tersebut tiba di perkarangan menara itu kira-kira pukul 10.20 pagi ini.


Mereka kemudiannya menaiki lif menuju ke tingkat dua pejabat FIC bagi memulakan proses meneliti dokumen berkaitan.


Pada 10 Julai lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya telah mengarahkan pasukan penyiasat membuka kertas siasatan terhadap Felda selepas pihaknya menerima maklumat baharu berhubung kes tersebut.


Susulan pendedahan itu, SPRM dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.


Kenyataan itu menjelaskan, individu-individu berkenaan me­rupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015. - UTUSAN ONLINE