Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti laman web dan portal yang berisiko melakukan tindakan itu seperti yang termaktub dalam melibatkan pelanggaran hak cipta mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sudah tentulah mana-mana yang melanggar undang-undang kita akan menyekat mereka sekiranya mereka didapati melakukan kekecohan dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Setakat ini tiada sebarang laporan telah dibuat mengenai laman web dan portal yang membuat serangan mengejut.

“Kita sentiasa membuat pantuan dari semasa ke semasa dan kita akan tunggu dokumentasi daripada pihak bertanggungjawab untuk menyekat laman web dan portal berkenaan sekiranya perlu,” katanya selepas melancarkan album patrioktik berjudul #tonggaknegara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani dan Pengarah TheRakyat.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi hari ini memberitahu polis telah mengenal pasti seramai 1,100 individu yang berpotensi melakukan serangan mengejut di saat akhir PRU-14

Senarai tersebut kini berada dalam pemerhatian polis dan sekiranya mereka mewujudkan ancaman keselamatan tindakan segera bakal diambil.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pelancaran album #tonggaknegara, Salleh memberitahu lagu patriotik yang dilancarkan hari ini diharapkan memberikan semangat serta pendoman kepada setiap rakyat di negara ini.

“Album ini sangat menarik. Sangat berbeza jima dibandingkan dengan album-album lagu yang lain.

“Ini kerana album #tonggak negara berjaya menyatukan lapan lagu dengan lapan bahasa yang berbeza yang mewakili masyarakat pelbagai di negara ini,” ujarnya.

Album yang berbentuk digital itu boleh dilayari portal TheRakyat.com itu mengandungi lapan lagu dalam lapan bahasa iaitu Melayu; Inggeris; Mandarin; Hokkien; Kantonese; Tamil; Sabah dan Sarawak.

Antara penyanyi yang terlibat ialah Jaclyn Victor; Zazrina Zainuddin; Audra Pearl Justine; Sean Say How dan Ravi Sharma. - UTUSAN ONLINE