Video oleh KAMIL MASLIH

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Che Ab. Razab berkata, individu berkenaan dipercayai melakukan perkara itu dalam satu mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin se­tempat parti tersebut di satu lokasi di Pahang pada 1 September lalu.

Jelas beliau, setiausaha politik itu menawarkan kontrak pembangunan atau pembaikpulihan infrastruktur bernilai RM20,000 kepada setiap pe­mimpin setempat terbabit, selain mendakwa bakal mendapat peruntukan daripada dua kementerian lain untuk diagih-agihkan yang setiap satu bernilai RM300,000.

“Saya percaya tawaran-tawaran ini ada kaitan dengan pemilihan PKR yang telah bermula pada 5 Ogos lalu dan akan berakhir pada November ini. Hal ini kerana setiausaha politik ini juga merupakan salah seorang calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat PKR, selain bertan­ding jawatan ketua cabang di kawasannya.

“Oleh itu, saya percaya individu ini telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai awam dalam menawarkan habuan-habuan berbentuk projek bagi meraih sokongan pemimpin setempat,” katanya semasa ha­dir membuat laporan di Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Kata Ahmad Syukri, selain membuat laporan berkenaan, beliau juga melampirkan bukti-bukti berbentuk rakaman audio mesyuarat berdurasi 20 minit serta gambar-gambar mesyuarat berkenaan.

“Saya juga bersedia untuk dipanggil sekiranya pihak SPRM memerlukan maklumat selanjutnya yang lebih lengkap,” katanya sambil memberitahu beliau mula menerima maklumat mengenai perkara tersebut menerusi pemacu pena (pendrive) yang diserahkan oleh seorang pengadu pada 24 September lalu.

Jelasnya, SPRM juga wajar melakukan siasatan sewajarnya terhadap perkara tersebut bagi memastikan tata kelola kerajaan sentiasa terpelihara.