IBRAHIM YUSOFF
IBRAHIM YUSOFF 

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff berkata, selain pembatalan lesen dan menyita barang, majikan yang didapati bersalah juga akan ditahan bersama-sama pekerja asing atas kesalahan melindungi warga asing.

Beliau memberitahu, memandangkan penangkapan adalah di bawah Jabatan Imigresen maka DBKL akan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa itu.

“Isu warga asing yang menjalankan perniagaan di bawah lesen warga tempatan semakin berleluasa kerana mereka sanggup dibayar gaji sedikit berbanding dengan pekerja tempatan yang mahukan gaji lebih tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sifar Penjaja Warga Asing di pekarangan Pasar Jalan Raja Bot di sini hari ini.

Majlis anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) itu adalah dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen dan DBKL di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE