Memperkenalkan 160 menu pilihan stimbot dengan beraneka sos, misi membuka cawangan baharu ini bagi memberi peluang kepada komuniti yang tinggal berdekatan dengan kawasan Putrajaya untuk menikmati makanan stimbot dan bbq.

Menurut Pengurus Operasi restoran Pak John Steamboat & BBQ, CS Chong, dengan harga RM42.90 yang dianggap sebagai harga yang berpatutan para pelanggan boleh menikmati makanan stimbot bersama keluarga dan rakan taulan.

“Dekorasi dalaman restoran kami adalah gabungan santai dan eksklusif kerana keselesaan pelanggan yang menikmati stimbot dan bbq turut menjadi keutamaan pihak pengurusan dan operasi.

“Sudah semestinya kami menyediakan makanan yang berkualiti dan segar di restoran Pak John Steamboat,” katanya.

Pada majlis pelancaran cawangan restoran Pak John Steamboat & BBQ yang disempurnakan oleh selebriti tanah air, Datuk Rosyam Nor, para jemputan turut dihiburkan dengan persembahan Ayu Damit (OIAM2), Rina dari kumpulan Eva dan Mac Rahayu.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Rosyam memuji usaha pihak pengurusan restoran yang mengembangkan perniagaan mereka.

“Industri makanan adalah salah satu tarikan kepada pelancong luar negara yang datang ke Malaysia.

“Selain daripada lokasi membeli-belah yang menjadi tarikan pelancong, makanan kita juga menjadi tumpuan para pelancong kerana sajian makanan kita enak rasanya,” katanya.

Majlis pembukaan restoran Pak John Steamboat & BBQ lebih meriah dengan kehadiran artis tanah air termasuk Rozita Rohaizad, Salma ( 3 Juara) , Rehana ( World Championship L. A) dan pelakon Dazrin.

Restoran Pak John Steamboat & BBQ beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. - UTUSAN ONLINE