DATUK S. DEV KUMAR
DATUK S. DEV KUMAR

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar, penurunan laporan polis tersebut memperlihatkan bahawa penyokong atau pengundi di sini sudah lebih matang dalam pilihan raya.

“Daripada 81 laporan diterima, sebanyak 22 kes disiasat kebanyakannya berkaitan merosakkan bahan kempen.

“Setakat ini, keadaan di Sarawak aman dan tenteram yang dijangkakan tiada sebarang masalah akan dihadapi pihak polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika meninjau keadaan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuching No. 1 di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes pergaduhan juga dilaporkan cuma satu kejadian di luar kawasan penamaan calon yang lalu di Sri Aman.

“Ia berlaku antara dua penyokong parti dengan kejadian tolak-menolak yang tidak serius di Sri Aman.

“Semalam pula, kita menuduh kes pertama bagi PRU-14 yang mana suspek didenda RM2,000 setelah disabit kesalahan melakukan khianat terhadap bahan kempen di jalan menuju ke Kampung Sungai Duuh, Padawan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE