Beliau bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali tiba pada pukul 8.22 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan para pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Mahathir yang mencatat sejarah tersendiri selepas dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan bersama warga JPM di Dataran Putra.

Sebelum ini, sejak beliau memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu bersama Pakatan Harapan (PH), semua mesyuarat bersama pegawai kanan kerajaan termasuk kunjungan hormat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr. Mahathir dijangka menghadiri majlis angkat sumpah ahli Kabinet baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara pada pukul 5.30 petang ini.- UTUSAN ONLINE

Video oleh KAMIL MASLIH