Perdana Menteri sebelum itu menandatangani plak sebagai simbolik kepada acara tersebut sambil diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan kemudiannya mengibarkan bendera negara bagi melepaskan kesemua peserta.


Kesemua peserta kayuhan basikal akan menuju ke Dataran 1 Malaysia Klebang iaitu lokasi utama bagi program hari ini yang dijangka dapat mengumpulkan kira-kira 80,000 peserta.


Najib tidak beberapa lama kemudian telah menaiki bas elektrik bagi menuju ke lokasi utama untuk bersama-sama dengan para peserta dan merasmikan program hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - UTUSAN ONLINE