Lawatan Perdana Menteri yang bermula kira-kira pukul 3.30 petang diiringi Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Pang­li­ma Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Ketua Po­lis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Dalam lawatan itu, Najib ber­kesempatan melawat ruang pameran pelbagai syarikat antarabangsa seperti DRB-Hicom De­­fence Technology Sdn.Bhd (Deftech). Caracal dan ruang pameran Tentera Darat.

Perdana Menteri turut me­luangkan masa kira-kira 15 minit mendengar taklimat berhubung transformasi askar masa hadapan, selain dibawa meninjau peralatan pertahanan dan keselamatan termasuk replika kapal terbang, peralatan menembak serta sistem pertahanan ketenteraan terkini.

DSA 2018 yang diadakan bermula hari ini sehingga 19 April nanti melibatkan 1,500 pempa­mer dari 60 buah negara.