Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Pintar Foundation lancar PMLU kedua

Pintar Foundation 2
DATUK P. KAMALANATHAN (tengah) memotong reben simbolik kepada perasmian Unit Pembelajaran Bergerak (PLMU) kedua di Sekolah Kebangsaan Taman Midah Dua, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Tan Sri Arsyad Ayub (kanan). - UTUSAN ONLINE/AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

KUALA LUMPUR 5 Julai - Pintar Foundation hari ini melancarkan Unit Pembelajaran Bergerak Pintar (PMLU) kedua bagi sekolah rendah yang menyediakan ruang pembelajaran menyeronokkan dan bakal menjelajah ke sekolah-sekolah pintar di Semenanjung untuk tempoh dua tahun.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pelaksanaan PMLU merupakan satu pendekatan inklusif dan pemahaman mudah kepada kanak-kanak dalam meminati bidang sains dan teknologi.

“Inisiatif yang diambil oleh Pintar Foundation bersama beberapa syarikat lain ini merupakan usaha membantu anak-anak di kawasan bandar dan luar bandar untuk memupuk budaya sains dalam diri mereka.

“Saya juga berharap unit pembelajaran bergerak ini dapat diperluaskan ke Sabah dan Sarawak agar semua golongan sasar akan mendapat manfaatnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan PMLU kedua di Sekolah Kebangsaan Taman Midah Dua, hari ini.

PMLU mula diperkenalkan pada 2009 menawarkan dua bas pembelajaran bergerak ke sekolah-sekolah pintar di Semenanjung dengan memberi peluang kepada murid sekolah mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pintar Foundation, Tan Sri Arsyad Ayub; Ketua Pegawai Eksekutif Pintar Foundation, Karimah Tan Abdullah; Penasihat Akademi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, Toh Swee Hoe dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Midah Dua, Md. Faisal Mohd. Salih.

Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

Dalam pada itu, Arsyad ketika berucap dalam majlis tersebut berkata, terdapat pelbagai aktiviti interaktif tersedia di dalam PLMU bagi mencetus minat dan mendidik murid-murid terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya, unit kedua PMLU itu akan bergerak ke lebih 100 sekolah di Semenanjung yang melibatkan hampir 50,000 murid-murid dalam tempoh dua tahun.

“Walaupun punya tema sama, kandungan aktiviti berbeza diselaraskan dengan silibus Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSSR) dalam mencapai sebanyak mungkin golongan sasar,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain