Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam definisi yang ringkas kemakmuran bersama adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang terus membangun secara mampan.

Kata beliau, ia seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum serta geografi.

Video oleh Mohamad Athir Ismail

“Kemakmuran bersama ini sehinggalah mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan di kalangan rakyat menjelang tahun 2030.

“Rakyat yang bersatu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya adalah asas kepada penyatuan negara bangsa,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Pelancaran Dasar Keusahawan Nasional 2030 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE