JPA dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences’, di Pegula Ice Arena pada Jumaat lalu.

Jelasnya, Muhammad Saiful Hakimi merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut dengan keputusan penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0.

“Wakil universiti berkenaan memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

“Pelajar itu yang ditaja bermula Ogos 2015 hingga Julai tahun ini mengikuti pengajian jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Petroleum dan Gas Asli,” jelasnya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Muhammad Saiful Hakimi menzahirkan rasa syukur di atas anugerah yang diterima daripada universiti berkenaan.

“Segala ilmu yang diperolehi di sini pastinya menyiapkan saya untuk menjadi seorang jurutera yang mampu menilai secara kritis sebarang keputusan kejuruteraan.

“Terima kasih kepada JPA yang menaja pengajian saya serta Pennsylvania State University di atas peluang yang diberikan,” katanya. - UTUSAN ONLINE