Mohamad Noor Abdul Rani

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Moha­mad Noor Abdul Rani berkata, perkara itu kini dalam perbinca­ngan melibatkan pelbagai pihak di ne­geri ini.

“Apa yang dilakukan di Terengganu itu kita sokong kerana itu menunjukkan indahnya Islam. Hukuman sedemikian wajar dilakukan tetapi perlu berlandaskan dan mengikut cara Islam.

“Kita meneliti dan kemungkinan dari segi pelaksanaannya kita akan buat selepas perbincangan,” katanya ketika ditemui dalam maj­lis pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Hijrah 2018 anjuran JAIP di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Noor berkata, JAIP akan me­rangka sebaran kesedaran awam menghindari LGBT melalui usaha mewujudkan papan tanda di seluruh negeri ini.

“Setakat ini kita ada papan tanda peringatan jauhi maksiat dan kini akan menaikkan papan tanda mengenai LGBT sebagai satu usaha serius mena­nganinya.

“Kita akan sampai ke pe­ringkat pelaksanaan (hukuman) juga nanti, dakwah akan terus dilaksanakan sebagai peringatan kepada golongan terlibat menghentikan perlakuan yang me­ngundang kemurkaan Allah SWT,” katanya.