Video oleh YATIMIN ABDULLAH

Arif Syahmi, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini berkata, dia berbuat demikian semata-mata mahu fokus kepada peperiksaan tersebut.

Menurutnya, dia mempraktikan amalan itu sejak menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

“Saya bimbang jika tidak berbuat demikian fokus terhadap SPM akn terganggu.

“Hal ini kerana keluarga memang mengharapkan saya memperoleh keputusan semua A cemerlang tertinggi dalam 11 mata pelajar yang diambil,” katanya kepada pemberita di SMKA Lati di sini hari ini.

Anak bongsu dari empat beradik itu memperoleh kesemua A cemerlang tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris, Sejarah; Matematik; Matematik Tambahan; Fizik; Kimia; Biologi; Bahasa Arab; Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islam.

Arif Syahmi memberitahu, kejayaan tersebut juga hadir berkat doa ahli keluarga dan guru-guru yang tidak putus-putus memberikan sokongan serta dorangan kepadanya. - UTUSAN ONLINE