Batin Kampung Lancang,  Mohamud Jada berkata, keadaan jalan yang teruk berkenaan amat membebankan dan menyukarkan penduduk di situ sejak sekian lama.

"Saya amat kecewa kerana projek ini tidak diteruskan sedangkan ia merupakan jalan utama bagi penduduk di sini yang berhadapan kesukaran sejak sekian lama.

"Saya harap pembinaan jalan ini diteruskan dan ia tidak boleh dipolitikkan kerana ia menjadi keperluan penduduk, jangan jadikan penduduk mangsa politik,"katanya di sini hari ini.

Jalan dari Pos Betau ke Pos Lenjang dan Sitom sejauh kira-kira 35 kilometer rosak teruk dan hanya boleh dilalui oleh kereta pacuan empat roda.

Baru-baru ini, Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek pembinaan jalan ke pos berkenaan telah diluluskan kerajaam Barisan Nasional (BN) dengan kos permulaan RM15 juta. - UTUSAN ONLINE