Bagaimanapun, butiran pertemuan berkenaan tidak dapat dipastikan kerana Nor Mohamed yang juga merupakan bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) enggan memberi sebarang komen kepada pemberita.

Terdahulu kenderaan yang membawa Nor Mohamed tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada pukul 2 petang namun, beliau terpaksa menunggu ketibaan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir hanya tiba di pejabatnya itu pada pukul 3.10 petang kerana menghadiri mesyuarat dan sidang akhbar di Petaling Jaya,  Selangor.

Kenderaan yang membawa Nor Mohamed keluar daripada bangunan berkenaan pada pukul 3.55 petang, ketika cuba ditahan pemberita beliau ada menurunkan cermin sebelum mengarahkan pemandunya untuk meneruskan pemanduan.

Turut kelihatan keluar daripada pejabat Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana pada pukul 3.30 petang ialah bekas veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz. - UTUSAN ONLINE