Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Najib bertemu Trump di White House

Presiden AS, Donald J. Trump menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejab
Presiden AS, Donald J. Trump menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat rasminya di Oval Office, hari ini. - GAMBAR IHSAN najibrazak.com

WASHINGTON 13 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (11.45 malam tadi waktu Malaysia) mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Donald J. Trump di pejabat rasmi beliau di Oval Office.


Video oleh ZULKEFLI HAMZAH

Pertemuan dalam acara kemuncak lawatan tiga hari Najib ke Amerika Syarikat (AS) atas jemputan Trump ini adalah pertemuan pertama kedua-kedua pemimpin yang diadakan di White House.

Najib ialah pemimpin Asia Tenggara kedua bertemu Trump di White House selepas Vietnam Jun lalu dan disusuli rakan tradisi AS, Singapura Oktober ini.

Selepas pertemuan empat mata, Najib dan Trump kemudiannya meneruskan agenda dengan mesyuarat delegasi kedua-dua buah negara.

Delegasi Malaysia disertai antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; dan Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Anggota delegasi Trump pula termasuk Naib Presiden, Mike Pence; Setiausaha Negara, Rex Tillerson; Setiausaha Pertahanan, James Mattis; Ketua Turus, Jen. John Kelly; Penasihat Keselamatan Negara, Lt. Jen. H.R. McMaster; dan Penasihat Kanan, Jared Kushner.

Pertemuan Najib-Trump itu adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan Malaysia dan AS.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri dijangka memohon sokongan AS dalam usaha menghentikan keganasan berterusan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Kuala Lumpur mengulangi komitmennya untuk memperjuangkan hak etnik Rohingya dan telah menghantar misi kemanusiaan bagi membantu pelarian yang meninggalkan kampung halaman mereka untuk mengelak daripada menjadi mangsa penindasan tentera Myanmar.

Perbincangan akan turut menfokus kepada usaha mengukuhkan lagi Kerjasama Strategik Malaysia-AS khususnya dalam perdagangan dan pelaburan, memerangi keganasan di samping mencorakkan kerjasama dari segi hubungan dua hala dan antarabangsa.

Dalam lawatan ini, Najib juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan pengerusi dan anggota Jawatankuasa Senat mengenai Hubungan Luar Amerika, sebuah badan berusia 200 tahun yang berperanan penting dalam membentuk dasar luar AS, di bangunan yang menjadi ikon AS iaitu Capitol Building.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual berucap pada majlis makan tengah hari anjuran Center for Strategic and International Studies (CSIS). - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain