Muzili yang telah mengemudi ARM sejak 2015 mempertahankan kerusi tanpa pertandingan, yang disifatkan ramai ahli sebagai isyarat keyakinan terhadap komitmen beliau mengadakan pelbagai aktiviti bersama kelab induk LFC di peringkat tempatan.

Kira-kira 150 ahli menyertai AGM yang julung kali diadakan di Johor Bahru dengan acara perlawanan bola mengikut zon turut diadakan di sebelah pagi, disusuli majlis makan malam.

Barisan pemimpin ARM dalam Mesyuarat Agung Tahunan kelab itu di Johor Bahru, Johor semalam. - UTUSAN
Barisan pemimpin ARM dalam Mesyuarat Agung Tahunan kelab itu di Johor Bahru, Johor semalam. - UTUSAN ONLINE/gambar ihsan ARM

Muzili ketika dihubungi memberitahu, pihaknya yang kini telah memiliki lebih 800 ahli berdaftar dan dijangka menyaksikan pertambahan lebih ramai ahli bagi musim baharu ini.

MUZILI AZNOR MUSA (tengah) menyampaikan ucapan selepas dipilih semula sebagai Presiden Kelab ARM sel
MUZILI AZNOR MUSA (tengah) menyampaikan ucapan selepas dipilih semula sebagai Presiden Kelab ARM selepas dipilih semula sebagai Presiden Kelab ARM selepas mesyuarat agung tahunan kelab itu di Johor Bahru, Johor semalam. - UTUSAN ONLINE/gambar ihsan ARM 

“Menjadi ahli ARM memberikan pelbagai keistimewaan seperti mendapatkan tiket perlawanan LFC, lawatan sambil menonton ke Liverpool, diskaun pembelian barangan LFC di kedai al-ihsan sebanyak 15 peratus, produk Joie diskauan 10 peratus dan banyak lagi,” katanya.

Penyokong LFC boleh mengikuti aktiviti ARM melalui www.facebook.com/allredsmalaysia atau twitter/IG : @allredsmalaysia - UTUSAN ONLINE

Berikut adalah senarai Jawatankuasa All Reds Malaysia 2019/2020

Presiden: Muzili Aznor Musa

Timbalan presiden 1: Wan Zamarudin Mohd Yusof

Timbalan presiden 2: Mohd. Hasmuni Mohd. Munir

Ahli Jawatankuasa:

1. Fazilaton Ahmad

2. Rosman Daud

3. Pervez Farook Yunus

4. Doraisingam Sinnappan

5. Mohd. Hanafiah Yahya