Difahamkan bekas Ketua Menteri Sabah itu keluar selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM membabitkan isu rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau meninggalkan ibu pejabat SPRM dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna perak.

Menurut sumber, SPRM akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung siasatan membabitkan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada petang ini.-UTUSAN ONLINE