Video oleh NURIN WAHIDA MOHD. KHALID

Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang sebelum itu dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dibawa dengan ambulans dengan diiringi tiga kereta dan dua motosikal pengiring polis pada pukul 11.33 malam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan tersebut diambil selepas perbincangan dibuat dengan pakar-pakar dari IJN kerana mempunyai peralatan yang baik untuk merawat mangsa.

"Pakar-pakar dari IJN telah berbincang dengan doktor di sini dan keputusan untuk membawa Muhammad Adib ke sana dibuat malam tadi.

"Di sana, Muhammad Adib akan diberi bantuan menggunakan satu mesin yang boleh membantu membawa masuk oksigen ke dalam paru-parunya. Mesin tersebut hanya satu sahaja di dalam negara ini," katanya kepada pemberita di SJMC, di sini hari ini.

Tambah beliau, keadaan mangsa sudah semakin baik berbanding tengah hari semalam. - UTUSAN ONLINE