Video oleh FAUZI SUHAIMI

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubu­ngan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, ini kerana jajaran bagi fasa kedua ini dilihat lebih besar meliputi kawasan tumpuan orang ramai termasuk pusat perniagaan utama (CBD), kawasan perumahan dan institusi pendidikan.

“Melalui pembukaan ini, pengguna lebih mudah untuk datang ke pusat bandar khususnya di kawasan segi tiga emas seperti di Bukit Bintang dan China Town dengan menggunakan MRT laluan SBK.

“Malah ia juga menyaksikan sebanyak tujuh buah stesen bawah tanah dengan melalui terowong sepanjang 9.5 kilometer (KM) dan bahagian bertingkat selatan sepanjang 20.5 KM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Projek SBK, Marcus Karakashian dan Pengarah Pengurusan Tanah dan Komersial, Datuk Haris Fadzilah Hassan. - UTUSAN ONLINE