Video oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

Lori tersebut tiba kira-kira pukul 11.45 malam, namun mula beredar ke bahagian belakang kondomonium selepas itu.

Sebelum ini, pergerakan keluar polis dikesan sekitar pukul 10.45 malam dengan beberapa anggota yang dilihat memakai baju tertera perkataan Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Selain itu, turut dibawa polis keluar dari kondominium mewah itu ialah peralatan siasatan dipercayai mesin untuk mengira wang. - UTUSAN ONLINE