Ini kerana semua wakil rakyat dan pemimpin UMNO serta Pas bersama-sama menjayakan program itu.

Program tersebut bermula dengan acara senamrobik di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising di sini sebelum larian. 

Larian tersebut disertai Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman yang juga ADUN Semerak ; Ahli Parlimen Pasir Puteh dari Pas, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad; ADUN Selising, Zulkefli Ali serta semua wakil rakyat daripada kedua-dua parti.

Nik Mazian yang mengetuai larian tersebut telah menyerahkan Obor Sukan Sea 2017 kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh pada pagi ini.

Asyraf Wajdi akan mewakili negeri ini untuk menyerahkan obor tersebut kepada wakil Terengganu di Kampung Pachakan di sini untuk meneruskan larian berikutnya pada pukul 2.30 petang ini. 

Yang hadir sama, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd. Anis Hussin dan Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah ini, Asisten  Suprintenden Heng Kok How. - UTUSAN ONLINE