Video oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan itu adalah inisiatif pihaknya dengan kerjasama UMNO Bahagian Shah Alam bagi meringankan beban rakyat yang menghadapi krisis itu sejak Selasa lalu.

"KPKT menyediakan 80,000 liter air untuk diagihkan kepada rakyat di sekitar Shah Alam menggunakan empat lori tangki milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).

"Sumber air kita perolehi dengan bantuan daripada JPBM Selangor, JBPM Melaka dan JPBM Pahang untuk diagihkan kepada rakyat yang terjejas di kawasan Shah Alam ini," katanya kepada pemberita ketika mengagihkan bekalan air kepada penduduk di Seksyen 17, di sini hari ini.

Hadir sama semasa program pengagihan bekalan air itu ialah Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian itu, Datuk Ahmad Mua'adzam Shah Ya'akop.

Pada masa sama, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor memaklumkan akan menambah lagi bekalan air bersih di kawasan yang terjejas di negeri ini sekiranya gangguan bekalan tersebut masih berterusan. - UTUSAN ONLINE