Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, minggu depan kami akan memperkenalkan anggota pasukannya.

“Kami akan memperkenalkan mereka satu persatu.

“Satu perkara yang saya pelajari dari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed seseorang yang berjaya itu bukan berjaya atas potensi seorang sahaja tetapi pasukannya.

“Gabungan orang muda dan berpengalaman dapat merealisasikan perkara tersebut,” katanya.

Mengulas isu pembantu peribadinya, beliau berkata, semua orang pernah melakukan kesilapan dan dia perlu belajar dari kesilapan.

“Dia dah minta maaf secara terbuka, kita perlu menerima, dan kita sama-sama perlu perbaiki diri. Itu adalah paling mustahak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pameran Kerjaya dan Pasca Ijazah, Graduan Aspire 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pemeran yang bermula hari ini dan berakhir esok disertai 150 organisasi dan syarikat terkemuka seperti Traveloka, Shopee dan Axiata Digital. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NUR AZREEN ARIFIN