Jalur Gemilang itu yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail membaluti 12 tingkat bangunan tersebut. Turut dipaparkan slogan ‘Malaysia Baru, Harapan Maju’.

Setiap tahun sebagai memaparkan perasaan cinta kepada negara, Maju Holdings milik Tan Sri Abu Sahid Mohamed akan memasang Jalur Gemilang gergasi yang mendapat perhatian ramai.

Slogan tahun ini juga dilihat bertepatan dengan perubahan pentadbiran negara yang kini dipimpin Dr.Mahathir melalui Pakatan Harapan. - UTUSAN ONLINE