Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Kejayaan tersebut bertambah manis apabila anak perempuannya, Aiman Nabilah Zulkafli, 27, turut menerima ijazah sama dalam bidang komunikasi korporat.

Mazlifah berkata, peristiwa tersebut merupakan sejarah paling bermakna dalam keluarganya.

“Saya memang minat belajar sejak kecil sehinggalah peringkat ijazah sarjana muda di luar negara, namun pada Februari 2015, saya bertekad untuk meneruskan kembali minat saya untuk menuntut ilmu.

“Saya terpaksa berhenti belajar seketika sebelum meneruskan pengajian disebabkan keadaan kesihatan anak bongsu saya yang menghidap autisme,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 di Serdang dekat sini, hari ini.

Hadir sama suami Mazlifah, Zulkafli Bakar.

Sementara itu, Aiman Nabilah ketika berkongsi pengalaman belajar bersama-sama ibunya memberitahu, dia langsung tidak berasa janggal walaupun mereka kerap diletakkan dalam satu kumpulan untuk menyiapkan beberapa kajian dan tugasan.

“Rakan sekelas sangat teruja de­ngan kehadiran kami sebagai satu keluarga dan menganggap perkara tersebut adalah unik,” katanya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Dalam pada itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pertanian, Muhammad Najib Abu Bakar, 23, turut mencuri perhatian apabila menceritakan perjalanan hidupnya semasa bergelar mahasiswa.

“Saya tidak malu untuk bekerja sambilan seperti menjual sate, burger dan surat khabar di merata tempat semata-mata untuk menampung perbelanjaan pengajian.

“Saya ada impian saya tersendiri dan tidak mahu membebankan ibu bapa. Kerja sambilan tersebut sebenarnya dapat menambah produktiviti saya sendiri bagi menghadapi dunia pekerjaan,” ujarnya.