Menurut saksi kejadian, Syelliza Abang Basri, ketika kejadian, dia sedang memandu dari Kota Samarahan menuju ke rumahnya di Kuching.

"Tiba-tiba, angin kuat bersama hujan dan kemudian ternampak seperti ketulan ais dipercayai hujan batu.

"Saya kemudian berhenti tepi jalan dan merakamkan video untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan di Facebook," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di Pusat Komersial Stutong yang mahu dikenali Joshua memberitahu, ketika kejadian dia sedang mandi dan terkejut terdengar bunyi kuat yang jatuh di atas bumbung.

"Saya melihat seketika dan mendapati kawasan ini dilanda hujan batu yang merupakan kejadian pertama kali tahun ini," jelasnya. - UTUSAN ONLINE