Konsert yang berlangsung di Planery Hall, KLCC itu dihadiri 2500 peminat yang datang sejak 6 petang demi menyaksikan pelantun lagu Bukan CInta Biasa itu buat kesekian kali beraksi di atas pentas secara langsung.

Penyanyi bersuara 'emas' ini menyampaikan 23 lagu termasuk beberapa lagu popularnya seperti Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara serta Ku Mohon.

Konsert tersebut juga menyaksikan Afgan buat kali pertama tampil dalam persembahan istimewa bersama kumpulan pop dan R&B popular tempatan, Ruffedge menerusi dendangan lagu siulan ramai, I'll Make Love to You. - UTUSAN ONLINE