Video oleh ASMA HANIM MAHMOOD

Ketibaan mereka turut disambut oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Hamat dan Pengarah Tourism Malaysia negeri, Hafiz Hazin serta ahli-ahli kelab motosikal.

Tiga penunggang ini yang diketuai Diami Yusoff, 60; Mohd Zalani Zulkifli, 64, dan Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40, terlebih dahulu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan terus dari Jeddah, Arab Saudi pada pukul 7.00 pagi tadi.

Diami yang lebih dikenali dengan panggilan Abe Mat berkata, pengalaman berharga mengembara dengan motosikal kapcai melalui lapan buah negara selama hampir tiga bulan ini demi mencapai misi ke tanah suci Mekah dan Madinah akan dibukukan supaya menjadi panduan dan iktibar untuk orang lain.

"Kita nak pergi Mekah dengan motosikal ini jangan tengok pada penunggang jangan tengok pada usia, kalau berasa nak pergi kena yakin pada Tuhan insya Allah akan sampai," katanya, hari ini.

Beliau berkata antara cabaran dihadapi adalah cuaca sejuk melampau yang mencecah sehingga -10 darjah celsius di kawasan pergunungan sekitar Iran dan India. - UTUSAN ONLINE