Video ihsan Mapim

Ini mungkin berpunca daripada tindakan tentera Myanmar menggandakan serangan di wilayah Rakhine yang didiami Rohingya.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, situasi itu amat membimbangkan.

“Jika keadaan ini berterusan , dalam tempoh tidak sampai dua bulan tidak ada lagi etnik Rohingya di Myanmar. Bermakna matlamat pembersihan etnik dan pembunuhan beramai tentera Myanmar akan berjaya,” katanya kepada Utusan Online.

Soalnya, kata beliau, apakah dunia masih mahu terus berdiam diri dan hanya melihat tragedi kemanusian terbesar di abad ini.

Katanya, kegagalan menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Myanmar kali ini adalah kegagalan kemanusiaan seluruhnya.

Pada masa ini dianggarkan lebih 500,000 pelarian Rohingya menghuni kem pelarian di sekitar Cox’s Bazar, Bangladesh. - UTUSAN ONLINE