Datuk Dr. Shamsul Anuar Sulaiman
Datuk Dr. Shamsul Anuar Sulaiman 

Persembahan berkonsepkan gig show turut dijayakan oleh Black sebagai artis pembuka tirai pada malam itu nanti.

Menurut Pengarah Urusan Atlas One Events Sdn. Bhd., Syahrizal Ismail, konsep dinner gig yang diketengahkan adalah bagi mencetus kelainan kepada persembahan Ella dan Awie.

"Sejak Januari tahun ini sehingga sekarang, rata-rata peminat disajikan dengan persembahan yang sama sahaja oleh artis-artis.

"Bagi mencipta satu kelainan untuk persembahan Awie dan Ella, kita mempersembahkan konsep dinner gig," katanya pada majlis sidang akhbar di Hotel Tenera, Bangi, di sini hari ini.

Atlas One Events selaku pengendali majlis manakala FUFC The Fighters adalah penganjur utama dan bekerjasama dengan rakan-rakan rasmi, Felda United dan Hotel Tenera sebagai penaja lokasi.

Hadir sama pada majlis, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pemasaran FUFC The Fighters, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman

Kata Syahrizal lagi, Dinner Gig 2018 Awie dan Ella dihadkan kepada 700 orang sahaja memandangkan kapasiti Dewan Utama Tenera hanya mampu memuatkan maksima 800 orang.

Lagipun, kata Syahrizal, majlis makan malam itu nanti adalah berdasarkan jualan meja.

"Kita menawarkan tiga pakej iaitu Silver (RM250 seorang untuk meja 10 orang) Gold (RM350 seorang) dan Platinum (RM500 seorang).

"Setiap penonton yang hadir akan diberikan bag goodie yang dimuatkan dengan sehelai baju T dan mug," jelasnya.

Penonton yang membeli tiket untuk hadir ke Dinner Gig mesti berusia 15 tahun ke atas.

Selain daripada itu, Syahrizal memberitahu, akan ada cabutan bertuah yang mana pemenang yang bernasib baik akan membawa pulang gitar elektrik dan gitar akuistik.

Bagaimanapun, jenama gitar adalah dirahsiakan namun gitar-gitar itu akan ditandatangani oleh Awie dan Ella.

Sementara itu, Pengarah Muzik Dinner Gig 2018 Ella dan Awie digalas oleh Korie.

Kata Korie, barisan lima pemuzik pilihan akan mengiringi persembahan yang berdurasi antara satu setengah jam sehingga dua jam.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Dinner Gig 2018 Awie dan Ella bersama Black sebagai artis undangan sudah mula dijual hari ini.

Orang ramai boleh layari www.stubapp.com atau datang ke kaunter Hotel Tenera, Bangi.

Untuk pertanyaan berhubung jualan tiket, boleh hubungi talian 0107616844, 0145146357, 0134076679 dan 0389299600.

Pihak hotel turut menawarkan bilik serendah RM180 berserta sarapan untuk dua orang sekiranya ada yang ingin menginap pada malam Dinner Gig 2018. - UTUSAN ONLINE