Video oleh HASNURUL MOHAMED

Masih mengekalkan konsep muzik yang menjadi identiti XPDC, Doa adalah sebuah album debut yang mengandungi 11 buah lagu dengan pusingan 360 darjah dari segi lirik.

"Doa adalah album studio terbaharu daripada kami yang mana menerusi album ini, lirik-lirik lagu menjurus ke arah ketuhanan.

"Ini sejajar dengan usia kita, peminat XPDC yang bukan lagi muda usianya.

"Lirik lagu kami kali ini lebih mendekatkan diri kita kepada Tuhan," kata Ali.

Sebagai vokalis XPDC, Ali secara terbuka berkata, sejarah beliau keluar dan masuk kumpulan bukanlah rahsia dalam kalangan peminat.

Cuma ujar Ali, sewaktu beliau dipanggil masuk semula ke dalam kumpulan, beliau berada di satu persimpangan.

Untuk meleraikan dilema yang dihadapi, Ali berkata, beliau menghubungi seorang ustaz bagi mendapatkan nasihat dalam keputusan yang diambilnya.

"Kata ustaz itu, terimalah tawaran Ali. Masuk ke dalam XPDC kerana di situ, kamu boleh berdakwah.

"Dakwah melalui muzik yang kau bawa kepada peminat, kepada rakan-rakan artis dan kawan-kawan media.

"Moga Allah memberi hidayah melalui lagu-lagu yang disampaikan," kata Ali bagi menguatkan mengapa album Doa adalah sebuah album dakwah berlirikkan keinsafan dan kesedaran," katanya.

Pada majlis pelancaran album Doa pada petang ini, XPDC menpersembahkan tiga buah lagu yang terkandung dalam album Doa.

Memulakan persembahan dengan lagu Akhir Zaman, konsep heavy metal kekal di dalam lagu tersebut.

Para peminat tegar XPDC pasti gembira menyambut lagu Akhir Zaman tanpa melupakan untuk meneliti bait- bait liriknya.

Sentosa lagu rock yang mengetengahkan melodi yang lebih lembut di halwa telinga.

Tanpa terfikir untuk mempunyai persamaan melodi dengan lagu yang diperdendangkan oleh mana-mana artis tanah air, Izo berkata, Izo berkata, selama 10 tahun ke belakang XPDC tetap aktif dan tidak bermakna tidak terlibat dalam muzik.

"Doa adalah album yang dilahirkan atas permintaan peminat yang kami temui.

"Maka itulah, tidak ada yang mustahil sebaliknya kelahiran album ini, kita tawakal untuk diterima peminat lama dan baharu XPDC," jelas Izo.

Album Doa XPDC yang mengambil masa dua tahun untuk proses pembikinan sudahpun berada di pasaran edaran Life Records. - UTUSAN ONLINE