Video oleh Nurulanuar Mansor

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berpendapat, tindakan menghukum individu berkenaan hanya akan menimbulkan kemarahan pada dirinya dan tidak akan menghalangnya dari mengulangi kesalahan tersebut.

“Mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka hanya akan mendatangkan kerugian kepada semua pihak.

“(Pendapat peribadi saya) sekiranya individu berkenaan ditangkap, lebih mereka ini dibawa bertemu kaunselor dan diberikan didikan mengenai kepentingan keharmonian kaum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum Malaysia Baru: 61 Tahun Selepas Merdeka, Adakah Etnik dan Agama Masih Penting (Malaysia Baru: 61 Years After Merdeka, Do Ethnicity and Religion Matters?) di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah netizen membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan kaum lain kebelakangan ini.

Katanya, individu berkenaan perlu dididik dan diberi kefahaman mengenai kepentingan perpaduan kaum di negara ini.

Forum lima panelis yang dimudahcarakan oleh Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Denison Jayasooria berkenaan membincangkan mengenai kesan isu kaum dan agama kepada kerajaan baharu.

Kelima-lima panelis berkenaan adalah pakar perundangan dan perlembagaan Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi; Pengurus program Sisters in Islam ( SIS) Shareena Sheriff; bekas penjawat awam G25, Tan Sri Sheriff Mohd. Kassim; Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayais (Suhakam ), Jerald Joseph dan Exco Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Jerald Joseph. - UTUSAN ONLINE