Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, berkata kedua-dua projek itu akan fokus kepada digitalisasi dalam segenap aspek pembinaan dan cara hidup.

Katanya, kerajaan akan memberi lebih tumpuan dalam teknologi baharu dan aplikasinya terutama untuk pentadbiran negara.

“Cyberjaya ketika ini hanya dilihat sebagai satu pembangunan biasa sahaja dan tiada aplikasi teknologi terkini, justeru kita mahu memfokuskan semula kepada industri yang sepatutnya,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Bandar 4.0 dan Perniagaan 4.0 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberi bayangan yang terdapat wujudnya gelobang kedua MSC tidak lama lagi.

“Ya, saya rasa kita patut ada dan masyarakat sekarang sudah mempunyai akses kepada pengetahuan dan teknologi baharu,” katanya.-UTUSAN ONLINE