Video oleh YULPISMAN ASLI

Pengerusi ERC, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, terdapat kira-kira 50 parti politik berdaftar di negara ini, namun beliau tidak pasti berapa banyak yang aktif.

Justeru kata beliau, pihaknya akan menyediakan formula terbaik kepada kerajaan untuk membolehkan cadangan atau syor itu dilaksanakan.

"Apa yang mereka (parti-parti politik) buat adalah menghantar laporan mesyuarat tahunan untuk membolehkannya hidup semula, tetapi tak boleh berfungsi sebab tak ada duit, tak mampu.

"Di banyak negara maju, kerajaan bagi bantuan kewangan kepada parti-parti politik, sebab dalam demokrasi lagi banyak parti politik lagi baik," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutuf ERC, Amerul Muner Mohammad.

Dalam pada itu, Ab. Rashid tidak menolak kemungkinan lebih banyak petisyen pilihan raya mungkin berlaku pada masa hadapan selepas cadangan-cadangan atau syor-syor yang dikemukakan kepada ERC dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, antara syor itu termasuk persempadanan semula, pendaftaran pemilih, perjalanan pilihan raya, kebebasan media dan debat umum membabitkan calon-calon bertanding.

"Mungkin berlebihan bila ada peraturan, undang-undang, tapi bila ada undang-undang orang akan segan untuk melanggar undang-undang itu.

" Kita kena faham pilihan raya ini undang-undang, setiap perkara berkaitan dengan undang-undang. Kalau tak buat, dia masuk mahkamah dan jadi masalah boleh gugat pilihan raya. Tak ada nak main budi bicara, tak ada undang-undang tak boleh buat," katanya sambil merujuk kes Dewan Undangan Negeri Rantau. - UTUSAN ONLINE