Video oleh MUHAMMAD HASIF IDRIS

Anak bongsu daripada enam beradik yang diumumkan sebagai calon terbaik bagi Calon Berkeperluan Khas (CBR) SPM negeri ini juga meluahkan nasib dirinya yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Muhammad Azreeq Danieal berkata, hal ini kerana ibunya meninggal dunia dua hari sebelum dia menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu.

"Ibu saya meninggal dunia betul-betul dua hari sebelum sempat saya menduduki UPSR akibat darah tinggi. Namun begitu, saya tidak menjadikan ia halangan untuk meraih keputusan 5A ketika itu.

"Hari ini, saya ingin menghadiahkan keputusan cemerlang SPM kepada arwah ibu kerana walaupun buta sebelah mata (kanan), saya tidak pernah menjadikan alasan untuk berjaya,” katanya ketika ditemui pemberita di Maktab Sultan Ismail, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE