Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] BRT semakin menjadi pilihan

BRT jadi pilihan pengguna 2
PERKHIDMATAN Bas Rapid transit (BRT) semakin menjadi pilihan pengguna di sekitar kawasan Subang Jaya dan USJ. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 2 Jun - Perkhidmatan bas elektrik, Bas Rapid Transit (BRT) Aliran Sunway mencatatkan peningkatan jumlah penumpang dengan secara purata seramai 7,000 hingga 8,000 orang menggunakan perkhidmatan awam ini setiap hari.

Ketua Pegawai Operasi BRT Aliran Sunway, Shamsul Rizal Mohd. Yusof berkata, faktor peningkatan itu didorong daripada kepesatan projek-projek pembangunan baharu di sepanjang laluan BRT serta penubuhan beberapa pusat pengajian tinggi swasta di sekitar Subang Jaya dan USJ.

“Kita di sini mempunyai enam enam pusat pengajian tinggi dan kebanyakan daripada penumpang adalah tediri daripada golongan pelajar. Apabila penyambungan dengan transit aliran ringan (LRT) dibuka Julai lalu, BRT menerima sambutan baik dengan jumlah penumpang meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding peringkat awal.

“Jumlah penumpang di waktu puncak dan hari-hari biasa adalah sekitar 7000 hingga 8000 sehari. Dengan pembangunan yang ada di sekeliling Bandar Sunway seperti Geo Sunway dan sebagainya, ini secara tidak langsung menterjemahkan kepada pertambahan penumpang,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

BRT Aliran Sunway menghubungkan kawasan penduduk berkepadatan tinggi di Subang Jaya dan USJ bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik terutama ketika waktu puncak.

Perkhidmatan bas elektrik ini mempunyai tujuh stesen bermula dari USJ 7, South Quay USJ 1, SunU-Monash, SunMed, Sunway Lagoon, Mentari sehingga Sunway-Setia Jaya.

Dalam pada itu, ditanya bagaimana cara BRT menampung peningkatan jumlah penumpang apabila kepadatan penduduk di kawasan berkenaan mencecah satu juta kelak, Shamsul Rizal berkata, pihaknya telah membuat pelan tindakan bagi menghadapi masalah itu.

“Kita ada banyak laluan yang mempunyai selekoh 90 darjah. Jadi, apabila tiba masanya (peningkatan penumpang) kami kena buat pilihan, sama ada nak buat monorel, bas bersambung dan sebagainya.

“Setakat ini belum sampai lagi tahap itu tapi kita ada pilihan. Sekiranya penumpang bertambah dan tidak mampu ditampung bas sedia ada, sama ada kita tambah bas atau beli bas bersambung,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain