Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] BRT jamin keselamatan, keselesaan pelajar

BRT kini jadi pilihan pelajar
BAS Rapid Transit (BRT) kini menjadi pilihan pelajar untuk berulang-alik ke pusat pengajian masing-masing yang terletak di Subang Jaya, Bandar Sunway dan USJ. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 7 Jun - Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, perkhidmatan bas elektrik, Bas Rapid Transit (BRT) aliaran Sunway menjamin keselesaan dan keselamatan kepada pengguna khususnya pelajar untuk berulang-alik ke destinasi yang ditujui.

Tidak seperti perkhidmatan bas dan teksi, BRT menggunakan laluan khas tersendiri bagi menghubungkan kira-kira setengah juta penduduk di kawasan berkepadatan tinggi di Subang Jaya dan USJ sekali gus memastikan bas-bas yang digunakan itu tiba tepat pada masanya.

Selain itu, setiap bas yang digunakan mempunyai sekurang-kurangnya empat kamera litar tertutup bagi memastikan setiap apa yang berlaku sama ada di dalam mahu pun luar direkodkan dan diawasi.

Jadi, tidak hairanlah mengapa BRT kini menjadi pilihan orang ramai terutama pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan ini dan menuntut di kira-kira enam institusi pendidikan tinggi yang terdapat di sini.

Kebanyakan daripada mereka memilih untuk menggunakan BRT berbanding pengangkutan awam lain atas beberapa faktor yang memudahkan urusan mereka sebagai pela.

Pelajar kolej swasta, Martin Khew, 20, berkata, dia mula beralih menggunakan BRT kerana melihat perkhidmatan ini lebih efisen berbanding bas, teksi mahupun kereta sewa.

“Saya tinggal di Sunway tetapi untuk ke kolej, saya terpaksa gunakan teksi atau bas. Namun selepas BRT beroperasi, saya beralih kepada perkhidmatan ini kerana harga tambang yang dikenakan jauh lebih murah.

“Faktor masa turut mempengaruhi untuk memilih BRT apatah lagi pelajar seperti saya. Jika perkhidmatan awam lain, saya perlu tunggu lama tetapi dengan BRT hanya beberapa minit sahaja jarak antara bas-bas yang disediakan,” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Dalam pada itu, pelajar sekolah, Deanna Lee, 16, memberitahu, biarpun tidak menggunakan BRT untuk ke sekolah namun perkhidmatan ini digunakan sebagai medium pengangkutan untuk ke pusat beli belah yang terdapat di Bandar Sunway.

“Saya rasa teruja apabila dapat menggunakan BRT kerana ianya sangat selesa. Ini sangat baik kepada saya kerana dengan BRT, saya tidak perlu beratur panjang lagi.

“Paling penting, BRT memberi jaminan keselamatan yang lebih kerana tiada gangguan trafik mahupun risiko kemalangan tinggi seperti di jalan raya. Hanya perlu beli token dan boleh naik,” katanya.

Sementara itu, Siow Wie Xiong, 19, yang merupakan pelajar di salah sebuah kolej swasta di Bandar Sunway berkata, beliau kerap menggunakan BRT untuk universti kerana perkhidmatan cekap dan pantas yang ditawarkan kepada pengguna.

“Saya selalu menggunakan BRT kerana sangat selesa berbanding bas dan teksi. Selain itu, kawan-kawan saya turut menggunakan perkhidmatan awam ini sekali gus memudahkan kami pergi dan pulang ke universiti bersama-sama.

“Secara keseluruhannya, perkhidmatan bas ini memang bagus kepada orang ramai terutama bagi kami pelajar universiti di kawasan ini,” katanya.

Bagi graduan universiti awam, Ubaidah Alwi yang buat pertama kalinya menggunakan perkhidmatan awam itu berkata, biarpun menggunakan BRT ketika waktu puncak, bas tersebut tetap tiba pada masanya seperti yang dijadualkan.

“Saya baharu sahaja tiba dari Terengganu semalam untuk menghadiri sesi temuduga dan mencari kerja. Agak terkejut dengan kemajuan yang negara kita ada kerana di Terengganu kami tidak begitu sinonim dengan perkhidmatan bas seperti ini.

“Tidak pernah menggunakan BRT, saya lihat ianya sungguh efisien, tiga minit sekali. Pastinya memudahkan orang ramai khususnya pelajar untuk pergi dan pulang ke destinasi di sekitar bandar ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain