Haiwan tersebut yang dilihat berada dalam kelaparan bagaimanapun tidak bertindak agresif dan penduduk kampung berjaya menghalaunya kembali ke hutan.

Satu rakaman video berdurasi satu minit 24 saat mula tular dalam media sosial yang memaparkan harimau tersebut berkeliaran dan turut dibantu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Sementara itu, ada penduduk yang mendakwa kegiatan pembalakan dan perlombongan hutan di sekitar kampung berkenaan menjadi punca habitat haiwan tersebut diganggu.- UTUSAN ONLINE