Tujuan utama lelaki berusia 44 tahun itu berbuat demikian bagi memenuhi permintaan ibunya, Habsah Ngah, 83, untuk bergerak ke mana sahaja termasuklah menunaikan solat berjemaah di Masjid Mukim Meranti di sini.

Muhammad Taufiq membawa ibunya yang berasal dari Pulau Bidong, Terengganu untuk menetap di pondok Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Kampung Banggol Naim di sini sejak 20 tahun lalu turut menguruskan semua kelengkapan ibunya seperti mandi, pakaian dan menyuap makanan.

Itulah kasih seorang anak yang diterjemahkan kepada ibunya sebagai tanda membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini dengan hanya berbekalkan sebuah motosikal empat lejang.

Muhammad Taufiq yang mendirikan rumah tangga pada November lalu berkata, ibu yang dipanggil 'chek' itu hilang upaya untuk bergerak sejak empat tahun lalu selepas diserang penyakit saraf dan darah tinggi.

Menurutnya, setiap hari dia akan membawa ibunya ke Masjid Mukim Meranti dengan cara meletakkannya di dalam raga di bahagian hadapan motosikal.

Ujarnya, 'chek' cukup suka bertandang ke Masjid Mukim Meranti walaupun jarak pergi balik sejauh enam kilometer keran menyiaftakannya cukup selesa untuk menunaikan solat berjemaah dan menguruskan diri.

"Permintaan 'chek' untuk ke masjid tidak kira masa, ada kala waktu subuh, zohor atau asar. Jarak bukan halangan buat saya, asalkan dia gembira. Ketika mahu datang ke madrasah ini dulu pun kami dua beranak naik motosikal dari Pulau Bidong.

"Sebagai anak, saya sedaya upaya akan memenuhi impian 'chek' termasuklah menjaganya hingga ke akhir hayat apatah lagi kesemua adik beradik saya yang lain masih tinggal di Pulau Bidong," katanya di sini hari ini.

Muhammad Tafiq memberitahu, selain ke masjid dia juga akan membawa 'chek' ke pasar untuk menikmati sarapan pagi dan Klinik Kesihatan Meranti untuk pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun, kisah tenaga pengajar madrasah itu membawa ibunya yang sudah uzur menaiki motosikal dengan meletakkannya dibahagian depan telah menyentuh perasaan warganet.

Bukan itu sahaja, Muhammad Taufiq menyuap makanan ke mulut ibunya di sebuah kedai di pekan Wakaf Bharu, Tumpat, tular di media sosial.

Rata-rata warganet memuji sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Muhammad Taufiq, - UTUSAN ONLINE