Video oleh OTHMAN MOHAMAD

Selain memperke­nalkan lebih banyak program untuk rakyat, termasuk yang belum dilaksanakan, beliau ber­kata, pembangkang juga akan mendapat bahagian yang saksama daripada bajet tersebut.

Pada taklimat kepada pengarang media di sini hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tiada sesiapa akan ke­tinggalan dalam bajet kali ini termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40), golongan berpendapatan rendah (B40), rakyat di luar bandar dan kakitangan awam.

“Bajet 2018 adalah kesinambungan­ daripada dasar trans­formasi nasio­nal dan juga ba­jet sebelumnya da­lam konteks hala tuju negara kita.

“Bajet kali ini sangat inklusif dalam erti kata semua kumpulan dan kelompok dalam negara sebagai rakyat Malaysia akan diambil kira dari segi kepentingan dan juga atas apa yang difikirkan wajar dilakukan,” tambahnya.

Katanya, bajet yang akan dibentangkan di Parlimen esok juga akan menekankan isu-isu berkaitan belia, agenda bumiputera serta pelan tindakan masyarakat India dan Cina.

Jelasnya, bajet itu juga akan melibatkan bidang-bidang yang mewujudkan sumber pertumbuhan baharu untuk negara serta kekayaan baharu untuk rakyat, menangani cabaran dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, Digital Malaysia, kesa­linghubungan serta melabur dalam infrastruktur yang menyo­kong pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

“Ia bajet yang amat menye­lu­ruh. Insya-Allah, kami me­n­jangkakan bajet ini mencer­min­­kan kerajaan yang ber­­­tanggungjawab. Kami akan memastikan kepen­tingan rakyat diutamakan, mewujudkan lebih banyak program berimpak tinggi dan mengukuhkan kecekapan perbelanjaan,” katanya.

Najib menjelaskan, bajet itu tidak sepatutnya dilihat sebagai satu senarai permintaan sahaja dan berapa banyak yang diperoleh, tetapi dilihat dalam kon­teks­ keseluruhan pengurusan eko­nomi dan kewangan yang kukuh di negara ini.

“Pengurusan yang baik (kerajaan) sangat bertanggungjawab, dan berhati-hati tetapi pada masa sama mengambil berat kepentingan rakyat dan memajukan negara dari segi pertumbuhan ekonomi yang mampan,” ujarnya.