Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha tersebut dilakukan berikutan kedudukan Malaysia sebagai platform terbaik untuk meluaskan pasaran dan teknologi dalam Asia Tenggara.

“Seperti yang kita tahu ba­nyak negara antaranya Rusia mempunyai teknologi tinggi dalam kedua -dua bidang.

“Saya sendiri gembira melihat kehadiran pasukan aerobatik Rusia dan seperti kita tahu Malaysia turut mempunyai pesawat yang sama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Minum Petang di Kapal Diraja (KD) Jebat di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, adalah penting untuk melihat bagaimana negara boleh mendapat manfaat daripada kedua-dua aspek itu.


Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

“Oleh itu, untuk penganjuran akan datang,saya berharap dapat mewujudkan keseimbangan antara aspek pertahanan dan komersial dengan nisbah 50:50,” katanya.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Ma­ritim Malaysia Laksamana Ma­ritim, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab. Kahar.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, pihaknya akan memberi fokus aspek persekitaran hijau dalam sektor penerbangan pada penganjuran LIMA’17.

“Sektor penerbangan kini meningkat naik dan dalam masa yang sama kita mahu memberi perhatian menjaga alam sekitar serta bagaimana untuk mening­katkan keselamatan maritim di Selat Melaka.

“Oleh itu, kita akan terus be­kerja keras dengan Kementerian Pertahanan bagi memberi impak kepada sektor komersial,” ujarnya.