Bekas Pengarah JSJK, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menerima dokumen serah terima tugas sebagai Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman manakala jawatannya diambil alih oleh bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Datuk Seri Abd. Manan Mhd. Hassan bekas Pengarah StaRT menyerah tugas kepada Acryl kerana bersara wajib selepas 41 tahun berkhidmat dalam PDRM.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya berkata, beliau percaya pertukaran jawatan itu bakal membantu memperkuatkan lagi dua jabatan tersebut pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE