Presidennya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, jumlah tersebut merangkumi enam pakej pilihan yang disedikan pihaknya dan sehingga kini 100 ekor kambing telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia.

“Saban tahun 40,000 orang penerima dari 14 buah negara telah menerima bantuan daging korban dari program ini.

“Istimewa tahun ini, MRA akan menghantar dua orang petugas kemanusiaan ke negara bergolak Yaman bagi melaksanakan program Qurban Terbaik MRA di sana. Sehingga kini, 100 ekor kambing telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk diagihkan bagi keperluan penduduk di sana pada Aidiladha ini,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, MRA turut melaksanakan misi perubatan dengan menyumbang peralatan dan beberapa kelengkapan hospital kepada lima buah hospital di daerah Aden, TAiz, Abyan Shabwah dan Maarib.

“MRA juga akan fokus untuk meningkatkan kesihatan komuniti di daerah yang memerlukan. Klinik khusus untuk kesihatan ibu dan kanak-kanak akan diwujudkan bagi memberi sokongan serta bantuan kepada klinik komuniti sedia ada.

“Untuk program dalam negara pula, MRA akan meraikan golongan asnaf dan fakir miskin, masyarakat orang asli, komuniti pelarian dan golongan kurang upaya (OKU). Program akan dilaksanakan melalui lapan buah cawangan MRA negeri di seluruh negara,” jelasnya lagi.

MRA turut membuka ruang kepada mana-mana institusi dan masjid di Malaysia yang mempunyai lebihan sumbangan lembu daripada para jemaah untuk disumbangkan kepada pihaknya bagi tujuan korban.

Kepada yang berminat untuk meraikan Qurban Terbaik bersama MRA, boleh hubungi MRA di 03-9174 4672,013-3371672 atau layari www.mra.my atau facebook Malaysian Relief Agency untuk keterangan lanjut. - UTUSAN ONLINE