Program bertemakan ‘Let’s Light Up our Children’s Future’ (Mari Menyinari Masa Depan Anak-anak Kita) itu disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.



Beliau yang juga Penaung IOJ berkata, pihaknya gembira melihat penyertaan memberangsangkan oleh belia Malaysia dari pelbagai latar belakang dalam program tersebut terutama bagi meraikan penyatuan dan kebersamaan rakyat di negara ini.



Video oleh RASHID MAHFOF

“Oleh itu, mari kita pastikan momentum ini berterusan bagi meletakkan negara kita Malaysia sebaris dengan negara-negara lain.

Mari kita buktikan dalam kepelbagaian kita ini ada kekuatan,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.



Larian tersebut juga diiktiraf sebagai larian terbesar di Malaysia yang disertai belia oleh Brand Laureate. - UTUSAN ONLINE