Itu panda­ngan Menteri Besar Te­­­rengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang ju­ga seorang penganalisis pe­ner­bangan.

‘‘Sekiranya itu­­­lah cada-ngan reka bentuk kereta terbang pertama Malaysia, maka cubaan yang lebih serius amat diperlukan,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, penutup berjaring itu akan me­ngurangkan tujahan bagi mengangkat kenderaan berkenaan.

‘‘Saya percaya syarikat berkenaan mempunyai pakar teknikal yang berkebolehan tetapi melihat kepada reka bentuk itu, saya kira perjalanannya masih jauh.

‘‘Jika ia adalah projek pelajar saya, komen awal akan diberikan adalah terhadap reka bentuk pelik penutup kipas berjaring itu,’’ katanya.

Nama Vector menjadi bualan ramai apabila ia dipertontonkan dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) minggu lalu.

Ahmad Samsuri mem­beritahu, pembangunan kereta terbang bukan sesuatu perkara mustahil, bahkan sudah ada kenderaan yang mampu terbang pada ketinggian tertentu dan menjadikan manusia sebagai bebannya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, tindakan melabelkan kenderaan berke­naan sebagai kereta terbang disifatkan sebagai provokatif dan sensasi sedangkan sains dan teknologi perlu berasaskan fakta tepat.

‘‘Itulah cabaran dunia baharu, sebenarnya tidak mengurangkan apa-apa pun sekiranya dengan pantas pihak menteri atau timbalan menteri memperbetulkan nama kereta terbang itu pada hari pertama dengan menggelarnya dengan nama yang lebih sesuai seperti vertical take-off transporter, automobile drone, drone taxi atau auto hover.

Menurut Ahmad Samsuri, dalam zaman media baharu ini, kerap kali inisiatif kerajaan berdepan dengan kritikan daripada rakyat, justeru beliau menasihatkan menteri agar tidak bertindak balas dengan sindiran orang ramai.