Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, jumlah kemasukan tersebut akan mengikuti 40 kursus untuk sesi akademik bagi tahun 2018/2019.

“Sebanyak 4,284 pelajar diterima menerusi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) , Asasi Pengurusan UUM (174), Akademi Golf Nasional (7) dan pelajar mobiliti (9).

“Seramai 3,025 iaitu kira-kira 74.2 peratus daripada jumlah kemasukan adalah terdiri daripada pelajar dalam kategori B40.

“Selain itu, UUM turut menerima 290 pelajar antarabangsa merangkumi 143 pelajar dari 19 buah negara dan 147 pelajar mobiliti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 3,467 merupakan pelajar perempuan dan 1,297 adalah pelajar lelaki.

Beliau memberitahu, sehingga 26 Ogos, seramai 30,124 pelajar mengikuti pengajian peringkat siswazah manakala seramai 5,413 pelajar mengikuti pengajian peringkat pasca siswazah.